Sunday, November 24, 2013

TERBARU : SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
  1. Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh mahasiswa/wi Institut Pengajian Tinggi di Malaysia
2.      Penyertaan adalah secara individu yang diwakili oleh dua orang peserta bagi setiap universiti dan seorang pengiring
  1. Tajuk atau tema adalah bebas tetapi berunsurkan motivasi dan sesuai serta tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti politik, agama dan kaum.Peserta hendaklah berkelakuan tertib dan sopan semasa pertandingan.
4.      Masa persembahan  adalah selama 20 minit bagi saringan.......sekiranya layak ke pusingan akhir, masa persembahan juga selama 20 minit. Markah tidak akan dinilai selepas tempoh masa tersebut.
  1. Loceng akan dibunyikan sebanyak tiga kali bagi setiap peserta pertandingan. Loceng pertama akan dibunyikan sebanyak satu kali untuk menandakan permulaan masa persembahan. Loceng kali kedua akan dibunyikan sebanyak satu kali untuk menunjukkan masa persembahan hanya berbaki dua minit. Loceng ketiga akan dibunyikan sebanyak dua kali untuk menunjukkan bahawa masa sudah tamat.
  2. Peserta diberi kelonggaran untuk menggunakan bahan yang sama atau berbeza sekiranya mereka layak ke pusingan akhir.
7.      Pembayaran yuran pertandingan boleh dibuat melalui akaun bank MayBank  158088382014atas namaNurrul fatin binti Ruslan. Setiap peserta yang membuat pembayaran melalui cara ini hendaklah menyimpan resit urus niaga tersebut sebagai bukti pembayaran.
8.      Giliran peserta membuat persembahan akan dilakukan secara undian.
9.      Keputusan 100 % dinilai  oleh juri yang telah dilantik.
10.  Keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
*sebarang pindaan tertakluk kepada pihak penganjur
Sekiranya terdapat sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi :
  • Faslina binti Abdul Ghani di talian 017-3683570/ 014-3157931        (Pengarah Program)
  • Nurrulfatin binti Ruslan  di talian 013-7947349                                      (AJK Pendaftaran)


“MALAYSIAN MOTIVATOR COMPETITION INTERVARSITY 1MALAYSIA”

No comments:

Post a Comment