Sunday, November 24, 2013

TERBARU : SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
  1. Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh mahasiswa/wi Institut Pengajian Tinggi di Malaysia
2.      Penyertaan adalah secara individu yang diwakili oleh dua orang peserta bagi setiap universiti dan seorang pengiring
  1. Tajuk atau tema adalah bebas tetapi berunsurkan motivasi dan sesuai serta tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti politik, agama dan kaum.Peserta hendaklah berkelakuan tertib dan sopan semasa pertandingan.
4.      Masa persembahan  adalah selama 20 minit bagi saringan.......sekiranya layak ke pusingan akhir, masa persembahan juga selama 20 minit. Markah tidak akan dinilai selepas tempoh masa tersebut.
  1. Loceng akan dibunyikan sebanyak tiga kali bagi setiap peserta pertandingan. Loceng pertama akan dibunyikan sebanyak satu kali untuk menandakan permulaan masa persembahan. Loceng kali kedua akan dibunyikan sebanyak satu kali untuk menunjukkan masa persembahan hanya berbaki dua minit. Loceng ketiga akan dibunyikan sebanyak dua kali untuk menunjukkan bahawa masa sudah tamat.
  2. Peserta diberi kelonggaran untuk menggunakan bahan yang sama atau berbeza sekiranya mereka layak ke pusingan akhir.
7.      Pembayaran yuran pertandingan boleh dibuat melalui akaun bank MayBank  158088382014atas namaNurrul fatin binti Ruslan. Setiap peserta yang membuat pembayaran melalui cara ini hendaklah menyimpan resit urus niaga tersebut sebagai bukti pembayaran.
8.      Giliran peserta membuat persembahan akan dilakukan secara undian.
9.      Keputusan 100 % dinilai  oleh juri yang telah dilantik.
10.  Keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
*sebarang pindaan tertakluk kepada pihak penganjur
Sekiranya terdapat sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi :
  • Faslina binti Abdul Ghani di talian 017-3683570/ 014-3157931        (Pengarah Program)
  • Nurrulfatin binti Ruslan  di talian 013-7947349                                      (AJK Pendaftaran)


“MALAYSIAN MOTIVATOR COMPETITION INTERVARSITY 1MALAYSIA”

Wednesday, October 16, 2013

Tarikh ditunda, tarikh baru?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
tarikh ditunda, tarikh baru?
apa tu?
mari sini baca.
Maklumat penting!
Program Malaysia Motivator Competition Intervarsity 1Malaysia Siri II 2013 terpaksa ditunda seminggu dari tarikh asal. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan. Program ini terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tertentu yang tak dapat dielakkan.Tarikh baru sudah ditetapkan.
marilah sesama kita memeriahkan dan membuktikan kemampuan diri yang kita miliki.!
ayuhh!!
#nothings is imposibble.the words itself says "im possible".yeah you really possible to join us.

Tuesday, August 20, 2013

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN



1. Syarat Penyertaan
·         Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh mahasiswa/wi Institut Pengajian Tinggi di Malaysia
·         Berumur diantara 19 - 28 tahun dan mestilah terdiri daripada pelajar berdaftar di IPTA/S berkenaan.
  • Warganegara Malaysia
  •   Penyertaan adalah secara individu yang diwakili oleh 2orang peserta bagi setiap universiti dan hanya disahkan dengan penerimaan borang yang lengkap diisi
  •  Tajuk atau tema adalah bebas tetapi berunsurkan motivasi dan sesuai serta tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti politik, agama dan kaum.
  •    Masa persembahan  adalah selama 20 minit
  • Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 300

  • Setiap IPT boleh menghantar dua orang wakil sahaja
  • Peserta hendaklah berkelakuan tertib dan sopan semasa pertandingan
Catatan :
·         Penarikan diri dari menyertai pertandingan adalah selewat-lewatnya lima hari, iaitu lima hari bekerja dari tarikh tutup pertandingan. Sekiranya tidak berbuat demikian, wang pembayaran tidak akan dipulangkan semula.
·         Pembayaran yuran pertandingan boleh dibuat melalui akaun bank MayBank  158088382014 atas nama Nurrul fatin binti Ruslan. Setiap peserta yang membuat pembayaran melalui cara ini hendaklah menyimpan resit urus niaga tersebut sebagai bukti pembayaran.

2. SYARAT SEMASA PERTANDINGAN
  • Setiap peserta diminta hadir ke tempat pertandingan 10 minit lebih awal seperti yang tercatat pada tentatif program. (akan di beritahu kelak)
  • Peserta pertandingan  akan mempersembahan penyampaian mereka selama 20 minit. Markah tidak akan dinilai selepas tempoh masa tersebut.
  • Loceng akan dibunyikan sebanyak tiga kali bagi setiap peserta pertandingan. Loceng pertama akan dibunyikan sebanyak satu kali untuk menandakan permulaan masa persembahan  . Loceng kali kedua akan dibunyikan sebanyak satu kali untuk menunjukkan masa persembahan hanya berbaki dua minit. Loceng ketiga akan dibunyikan sebanyak dua kali untuk menunjukkan bahawa masa sudah tamat.
  •  Giliran peserta membuat persembahan akan dilakukan secara undian.
  •    Keputusan 100 % dinilai  oleh juri yang telah dilantik.
  •    Keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
3. Tarikh Tutup Penyertaan
      Setiap penyertaan hendaklah dihantar sebelum @ pada 8Nov 2013.
4. Tempat Pertandingan
Pertandingan ini akan berlangsung di DKP1,2 dan 3 Universiti Pendidikan Sultan Idris
5. Penginapan dan Makanan
     Penginapan dan makanan peserta serta pengiring disediakan.
6. Format Pemarkahan dan Penilaian

Bil.

Kriteria
Peratusan

(%)
1.
Isi Kandungan
-Bersesuaian Dengan Tajuk
-Penguasaan Isi Kandungan


40
2.
Gaya Penyampaian
-Body Language
-Unsur Humor Yang Sesuai
-Bahasa Komunikasi
-Kreatif
-Ceria
-Menarik Minat Penonton

30
3.
Penampilan Dan Personaliti
-Pakaian
-Kekemasan Diri

20
4.
Penggunaan Teknologi
-Power Point Menarik
-Penguasaan Penggunaan Teknologi

10


JUMLAH KESELURUHAN

100

7. Sekiranya terdapat sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi :
  • Faslina binti Abdul Ghani di talian ;017-3683570/ 014-3157931 (Pengarah Program)
  • Nurrulfatin binti Ruslan  di talian 013-7947349 (AJK Pendaftaran)
“MALAYSIAN MOTIVATOR COMPETITION INTERVARSITY 1MALAYSIA”

Ayuh mendaftar!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Jommm!!
telah tiba masanya untuk mendaftar bagi pertandingan Malaysian Motivator Competition Intervarsity 1 Malaysia.
Tarikh : 22,23 dan 24 November 2013
Tempat : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Yuran penyertaan : RM 200 + (Pengiring RM100)
Tempat 1 : RM500 + Plak + Sijil 
Tempat 2 : RM300 + Plak + Sijil 
Tempat 2 : RM200 + Plak + Sijil 

Tarikh, Tempat dan Masa telah ditetapkan.
bersamalah kita memeriahkannnya.
Peluang hanya datang sekali.
jangan sesekali melepaskan peluang ini.
hadiah menarik menanti anda!!
Hubungi AJK pendaftaran kami FATIN (013-7947349) -  & Syazwani (017-7361981)



Monday, July 22, 2013

One Step to Be a Motivator!!

Berbakat? Berminat? tetapi tidak berpeluang?
inilah masanya!
"MALAYSIAN MOTIVATOR COMPETITION INTERVARSITY 1 MALAYSIA 2013" akan kembali NOVEMBER ini!!
program yang akan mengasah bakat para mahasiswa/i dan memberi pendedahan dalam bidang motivator serta mengalakkan perkongsiaan ilmu.
terbuka kepada seluruh mahasiswa/i seluruh IPT di Malaysia.
platform sudah kami sedia untuk anda realisasikan.
jadi, apa tunggu lagi.
One Step to be a Motivator!!
jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonjolkan bakat anda.
bila?dimana?syarat-syaratnya?
tungguuuuuuu.!
will updated soon.
keep following us yaaa! :)


# To be inspired is great, to inspire is incredible :)